PENGAJIAN MALAYSIA
Huraikan
peranan Malaysia sebagai salah satu anggota penubuhan OIC.
Nama ahli :
1.
Izzah Haziqah bt Murad (
02DMH16F2027)
2.
Nur Naquiyah bt Forkan (
02DMH16F2026)
3.
Intan Noor Zulaikha Binti
Basri (02DMH16F2038)
4.
NurAffiqah Binti Baharudin
(02DMH16F2036)
5.
Nori’zah Binti Abdul Wahee
(02DMH16F2037)
Nama Pensyarah :
1.
Encik Mohd Noor Zaidi Bin
Mohd Zawawi
BIL
|
ISI
KANDUNGAN
|
M/S
|
1.
|
PENGHARGAAN
|
1
|
2.
|
PENGENALAN
|
2
|
3.
|
SEJARAH DAN MATLAMAT
|
3
|
4.
|
OBJEKTIF
|
4
|
5.
|
KEANGGOTAAN DAN STRUKTUR INSTITUSI
|
5
|
6.
|
PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU
ANGGOTA OIC
|
6
|
7.
|
ISU-ISU EKOLOGI
|
7
|
8.
|
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC
|
8
|
9.
|
KESIMPULAN
|
9
|
10.
|
LAMPIRAN
|
10
|
11.
|
RUJUKAN
|
11
|
PENGHARGAAN
Pertama sekali bersyukur
kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kami dapat menyelesaikan
tugasan kerja kursus dengan penuh jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi kerana banyak membantu kami
sepanjang proses tugasan ini berjalan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan
yang membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang merealisasikan
tugasan ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan
ini. Sebelum kami mengundur diri terimalah mutiara kata dari kami “Pemimpin yang bertanggungjawab adalah
pemimpin yang berilmu.”
PENGENALAN
Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC ( Organisation of Islamic
Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam
yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia
yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus,
Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah
membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung
bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan
kebajikan umat Islam di seluruh dunia. Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah
Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28 Jun 2011, ia menukar namanya
daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.
SEJARAH DAN MATLAMAT
Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan
antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli
dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi
berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang
kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha
mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara
jurang perbezaan budaya dunia dan lain-lain. Organisasi ini ditubuhkan di
Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya
berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September. Persidangan yang
kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang
dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini
Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik
sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama
kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran
Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam.
Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara
termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam
supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25
negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili
oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-
·
Lahore, Pakistan (1972), Makkah/Taif,
Arab Saudi (1981), Casablanca, Maghribi (1984), Dakar, Senegal (1991),
Casablanca, Maghribi (1994), Teheran, Iran (1997), Doha, Qatar (2000), Putrajaya,
Malaysia (2003)
Objektif
Objektif OIC adalah seperti
berikut:
·
Memupuk
perpaduan di kalangan negara anggota;
·
Menyelaras
kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya,
saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur
perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
· Berusaha
menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;
Mengambil
langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan
berasaskan keadilan;
·
Meningkatkan
perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan
·
Mewujudkan
suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara
anggota dan dengan negara lain.
Keanggotaan
OIC kini mempunyai 55 anggota
iaitu Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin,
Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti,
Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan,
Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali,
Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine,
Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria,
Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Uzbekistan dan Yaman.
Struktur
Institusi
Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC) mempunyai tiga badan utama :
·
Pembuat
dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
·
Persidangan
Menteri-menteri Luar OIC
·
Sekretariat
OIC.
Peranan
Malaysia sebagai salah satu anggota pertubuhan OIC
Malaysia memainkan
peranan yang cergas dalam aktiviti OIC, misalnya:
- Malaysia menghantar bantuan
makanan kepada mangsa perang di Bosnia-Herzegonia yang dirundung masalah
serangan Serbia.
- Malaysia turut menghantar
sepasukan tentera ke Bosnia-Herzegonia untuk memberi bantuan kepada
Pasukan Tentera PBB pada tahun 1994.
- Malaysia memberi sumbangan
besar kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) dengan
kerjasama OIC.
- Malaysia juga menyokong
aktiviti Bank Pembangunan Islam ( Islamic Development Bank – IDB ) –
sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun 1995.
- Sering menganjurkan
persidangan negara- negara Islam dari semasa ke semasa
- Usaha perantaraan bagi
menyelesaikan konflik Iran-Iraq munni
- Ogos 1988 sepasukan 15 pegawai
tentera Malaysia telah menyertai Pasukan tentera Pemerhati PBB
- Sokongan kuat kepada
perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan
Liberation Organisation-PLO)
- Menjadi tuan rumah kepada
Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur
Mei 1983 munni
- Menyokong perjuangan Mujahidin
Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak
1978
- Membenarkan Mujahiddin membuka
pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984. Tentera Rusia berundur pada
1989
- Menganjurkan Sidang Kemuncak
OIC ke 10 diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003
- Datuk Seri Abdullah bin Ahmad
Badawi dipilih mengetuai OIC munni
- Menimbangkan cadangan Aturan
Pembayaran Perdagangan berasaskan emas sebai alternatif bagi urusan
perdagangan di kalangan negara anggota
- Mengadakan dialog dengan
budaya dan tamadun lain (termasuk Barat)
- Menggalakkan perdagangan dan
pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data
- Meningkatkan kerjasama negara
anggota dalam Teknologi maklumat dan Komunikasi
Isu-isu
ekologi
- Menganjurkan dialog antara Barat
dengan dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai
antara barat dengan Islam
- Penganjur kepada Sidang Antarabangsa
Ketiga Dialog Barat-Islam
- Penubuhan Forum Ekonomi Islam Sedunia
(WIFE), merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam
bidang perniagaan antara swasta dengan kerajaan khususnya antara negara
OIC.
- Menjadi pengantara dalam
menyelesaikan peperangan Iran dengan Iraq
- Menganjur persidangan menentang
pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002
- Menyediakan peruntukan biasiswa untuk
pelajar dari negara Islam pada tahun 2002
•
Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk
urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC
Sumbangan Malaysia dalam
pertubuhan OIC:
·
Tunku Abdul
Rahman mencetuskan idea penubuhan pada tahun 1971.
·
Tunku Abdul Rahman
diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agong OIC yang pertama.
·
Malaysia telah
menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
·
Memberikan
sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan
semula tanah air mereka daripada Israel.
·
Menjadi tuan rumah
Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
·
Menganjurkan
persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
·
Tawaran biasiswa
juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
·
Mengesyorkan
penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan
dan kegiatan ekonomi yang lain.
·
Malaysia telah
mendapat penghormatan daripada negara OIC kerana amat serius
dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
·
Dasar luar
Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia
telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia.
RUMUSAN
Melalui kajian ini kami
telah mengetahui lebih mendalam mengenai OIC yang melibatkan Malaysia dalam
organisasi OIC. Melalui kajian secara tidak langsung antara faktor yang membawa
kepada kemajuan pesat ekonomi Negara kita dalam pelbagai bidang adalah
disebabkan pemimpin Negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan
dalam bidang pertanian di Negara kita ini. Natijahnya melalui kajian kerja
kursus yang telah kami sediakan telah menyedarkan kami tentang pentingnya sikap
bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin. Pada masa yang sama hal ini juga
telah menyedarkan kami bahawa banyak perkara yang akan membawa kepada kemajuan
Negara pada masa akan datang.
Lampiran
Rujukan
1. Wikipedia;
OIC